0

Peristiwa.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 قال تعالى: ...إن الله لا يضيع أجر من أحسن عملا

"...indeed, We will not allow to be lost the reward of any who did well in deeds."

"...sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya."

Petikan Surah Al-Kahfi, 30.

Ayat ni cilok daripada Al-Quran (sah-sah la!) tapi dah ditulis balik dalam mesej fesbuk tadi. 
So, kiranya copy daripada situ la kan? 
*What's this?*
Ikutlah cita rasa korang nak tafsir ayat tukang tulis ni macam mana.

Siang tadi ada intikhobat.
Alah, pilihanraya kampus la senang cerita kan.
Alhamdulillah, calon yang diundi menang. :)
Dan suasana cukup aman damai sepoi-sepoi bahasa rasanya tadi.
Tahun lepas dah cukup malu dah menangis di khalayak ramai.
Haha, malu toksah la cerita kat sini kan?

Okeh, see through the verse guys.
Kalau ada pilihanraya kat tempat korang tu, sila-silalah mengundi.
Tanggungjawab beb. Plus seronok dapat coklat. Hahaha.
Take care semua. Keyboard-off. Babai.
Salam~

0

Untuk Kamu!

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Assalamualaikum guys.
Just wanna share one of the coolest thing I've ever seen.



Islam is rising. Undeniable. Alhamdulillah.
May Allah always be with us.
Salam perjuangan buat saudara-saudaraku di seluruh dunia!
0

Korang Tau?

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Salam semua!
Firstly, alhamdulillah, this is the first entry of 2011. Although it's February.
Tak kisah la kan. Yang penting update.
Semoga setiap yang dikongsi ada manfaatnya.

By the way, I went to Turkey during the last winter break.
Nak cerita kat sini malas la. Blog picisan je.
Bukan travelog ke apa ke kan? Hehe.
Sebut pasal travelog, ada jugak baca travelog Turki Ustaz Hasrizal hari tu.
Biasalah, excited. Hehe lagi.
And I found an interesting fact about Turkish people, that is:

Diorang sangat SUKA TENGOK BERITA. Dah la suka, KHUSYUK pulak tu.
Memang terbaik la.
Mesti korang nak cakap, "Biasa je tu. Interesting celah mana pulak?"
Okeh la, maybe korang seangkatan dengan diorang kan.
So, duduk diam-diam, jangan banyak bunyi.

Masalahnya kebanyakan orang zaman sekarang ni tak macam tu.
Termasuk la orang yang tulis ni. 
Asal berita kat TV je, cepat-cepat tukar channel. 
Tak pun pergi lipat kain la, YM member la.
Tu berita yang orang dah tolong bacakan.
Nak baca paper sendiri? Lagilah haram.

Mana boleh macam tu der.
Isu sekeliling kena la ambil tau. Orang kata, peka.
Jangan la jadi katak yang berhibernasi bawah tempurung okeh?
Ni lagi satu, kita kena tambah pengetahuan am jugak.
Korang tau katak berhibernasi kat mana? Heheh.
Rajin-rajin tanya Encik Google okeh?

Finally ni ada barang baik nak share dengan korang.


Best kan? Sultan Muhammad Al-Fatih tuu...
Korang tau masa dia bukak Constantinople tu umur dia berapa?
21 tahun beb. Masya Allah.
Masa tu jugak dia boleh kuasai 8 bahasa (Turkish, French, Latin, Greek, Serbian, Persian, Arabic, Hebrew).
Aku ni harap je layan band Turki. Hampeh.
Jangan kagum je. Kita kena sambung perjuangan dia. Insya Allah.

Korang kalau ada rezeki pergi la Turki.
Insya Allah dapat something kat sana. Tak rugi punya.
Koman-koman dapat Elma Cay free sekotak. Hehe.

Cok Guzel Turkiye.

Sampai sini dulu la korang.
Tulis banyak-banyak kang lagi lambat pulak nak update yang baru sebab idea kering.
Ceh, kalau malas update tu cakap jela kan?
Take care semua. Salam~

Back to Top