Persamaan.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah.
Praise to be Prophet Muhammad SAW.

"Everyone is a product of MIRACLE"


Semua orang bermula daripada permulaan yang sama kan?
Tak kira la dia orang Melayu ke, orang yang duduk kat Benua Afrika ke,
Anak majistret ke, seniman busking ke...
Semua orang bermula daripada setitis air mani.
Which is so right with what that has been mentioned in the Quran.

Ada beza tak antara pengupas kelapa dengan doktor?
"Sah-sah la. Doktor pandai ubatkan orang kot..."
Heh, pandai bab tu je.
Kupas kelapa belum tentu pakar.
Semua orang pun ada keistimewaan masing-masing kan?

Pesanan Imam Al-Ghazali:

Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu.

Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati),
”Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”

Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata,
”Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”
Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata,
”Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya.(maksudnya ia lebih baik dibandingkan dengan aku)”

Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata,
”Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat beserta dengan ilmuku maka Allah SWT akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini.”

Pangkat-pangkat ni orang je yang cipta.
Nobody is on top of the others.
Only taqwa that differentiate us. :)
Wassalam~

0

Don't Talk To Strangers.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Thank you Allah.
Praise be upon our beloved Prophet.

Remember! Don't talk to strangers!
Because they might be flashers. Huhu.
(Based on my experience. Urgh, I just hate flashers.)

Don't forget to read Al-Ma'thurat everyday.
May Allah always be with you.
And pray for me too!

Ok guys, till next post. 
Thanks for reading.
Wassalam~

Siapa Lagi Best?

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, thank you Allah.
Allahumma solli ala Muhammad.

"We live among its people now, hiding in plain sight, but watching over them in secret, waiting...protecting."

Meh kita bukak entry kali ni dengan satu soalan.
Korang pernah nangis sebab tengok movie?
Mesti pernah, ye dak?
Lagi-lagi yang tengok cerita Korea ke, Hindustan ke...
Paling-paling macho pun mesti bergenang kan?

Kalau tanya tukang tulih ni, memang sah-sah la.
Tengok cerita Transformers: ROTF pun nangis.
Sedih woo masa babak Optimus Prime mati tu.
Lama jugak ambik masa nak terima hakikat kematian dia. 
Menyayat hati sungguh.

Yelah, sekian lama berkasih sayang dengan dia.
Daripada kecik beb. Daripada versi kartun.
Sekarang ni bila dah jadi 3D, kena bunuh pulak.
Siapa tak sedih kan?

Ada la jugak member-member yang pujuk.
Suruh beralih arah dekat Bumblebee.
Ok, dia memang comel.
Tapi kurang gagah la. Macho apatah lagi.
Mana sama dengan Optimus!
Nasib baik last-last dia muncul balik.
Serius bahagia masa tu.

Haha. Cenggitu sekali minat Transformers.
Tapi memang betul pun.
Dulu punyalah penat fikir dengan adik nak lekat sticker Autobots ke Decepticons kat kereta mak.
Dengan harapan dia boleh transform la.
Boleh tayang kat member-member sekolah. Fuhhh.

Giler cool la kalau ada guardian macam Optimus Prime tu kan?
Tapi jangan lupa.
Kita MEMANG ada GUARDIAN yang lebih ALMIGHTY daripada dia.
It all depends on how much we rely on HIM. :)
So, siapa yang lagi best? Sam Witwicky ke kita? Hehe.

Ni ada hadiah special untuk korang:

Transformers: Dark of The Moon-01072011

Hensem tak Autobots??? Hehe.
Lupa nak habaq. Quote kat atas tu OP punya.
Okeh, till next entry.
Wassalam. :)

Back to Top