Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Hai, jumpa lagi kita ye.
Syukur sebab Allah panjangkan lagi umur untuk aku terus menaip dalam blog ni.
Kalau blog orang lain tak update sebulan macam aku ni mesti orang ingat tuan punya blog tu dah takde kan.
Dalam kes aku maybe korang kena tunggu at least setahun kot.
Lepas tu boleh la sedekah Al-Fatihah dah. Hehe.

Baru-baru ni ada sorang kawan aku cakap camni,
"Aku suka la tengok orang Melayu sebab aku suka tengok baju kurung."
FYI, kawan aku tu pun orang Melayu jugak, cuma masa tu dia tak pakai baju kurung.
Kebetulan yang pakai baju kurung tu pulak adalah aku.
So, nak katanya dia suka tengok aku la tu.
*Hahaha, okeh perasan.*

As for me personally, aku memang seorang yang suka adat-istiadat Melayu ni.
Mungkin sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan benda-benda tu.
Aku bukan la orang yang terer sangat bab-bab sastera ni.
Tapi aku serius suka prosa tradisional, hikayat-hikayat Melayu lama, cerita sejarah, all that kind of stuffs.
Bosan? Pada aku tak.

Masa sekolah menengah dulu, teacher aku pernah suruh kitorang tulis satu entry journal pasal 'If you can go back to the past, where would you like to go?'
Masa tu aku tulis aku nak pergi balik zaman tadika aku.
*Heh, kanak-kanak sungguh.*
Tapi sekarang ni bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku nak balik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka la.
Nak tengok lifestyle orang Melayu dulu-dulu. :)

Aku bukan nak racist ke apa.
Tapi berdasarkan pemerhatian aku, orang Asia memang lagi sopan berbanding orang-orang kat tempat lain.
Tapi orang Melayu special lebih sikit.
Sebab apa tau?
Sebab Melayu dan Islam sinonim sangat, memang tak boleh dipisahkan.

Based on apa yang kawan aku cakap tu, aku rasa beruntunglah para gadis Melayu.
Nenek moyang kita dulu dah blend dah nilai ketimuran tu dengan akhlak Islamiyyah.
Tengok je la baju kurung kita tu, bukan ke menepati syariat?
Lepas tu kalau pakai dengan tudung pun tak nampak janggal.
*Orang zaman sekarang je ramai yang alter baju kurung jadi pelik.* :(

Tu baru cerita pasal baju.
Tak masuk lagi bab sopan-santun, lemah-lembut.
Semua orang pun Perempuan Melayu Terakhir tahu?
Believe me, all that behaviors memang dah ada pun dalam darah kita.
Hias pulak dengan nilai-nilai Islam.
Tak ke full package tu?

Tu lah, nak cakap panjang-panjang pun aku tak reti.
Tapi dalam banyak-banyak kelebihan yang kita ada, still ada banyak jugak yang kita kena ubah especially mentaliti orang Melayu ni.
Dah tiba masanya untuk kita buka mata kita luas-luas.
Dah tiba masanya untuk kita fikir dalam-dalam.
Sebab tak selama-lamanya kita akan hidup dalam zon selesa macam sekarang ni.

Finally, korang dengar la lagu Siti ni baik-baik ye.
Seronok tau bila dapat tangkap pesanan yang lagu ni nak sampaikan.
Lepas ni, girls out there, jangan malu berbaju kurung.
For guys, jangan segan berkain sarung.
Because for me, that's awesome. :)
Sampai sini dulu. Keyboard-off. Tata. Salam~



0

Inside Out

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum. 
Thank you Allah for everything in my life.
Praise to be upon Prophet Muhammad SAW.

Happy Friday everyone!
Jangan lupa baca Al-Kahfi, selawat banyak-banyak, potong kuku and macam-macam lagi la sunnah yang kita boleh praktis.
Tapi jangan hari Jumaat je buat. 
Kalau boleh setiap benda pun kita nak ikut sunnah kan?
Insya Allah. :)

Okeh, I know this is so sudden.
Korang kena biasa la eh dengan pola peng'update'an aku ni.
Memang tak menentu.
Effect global warming agaknya.
Tak produktif betul. Huhuhu. 

MyEm0.Com
Gomennasai!

Back to business, korang pernah terfikir tak tentang ayat ni:

"The inside has difficult time to cover the outside"

I quoted that from a sweet Canadian lady which has reverted to Islam like few years ago.
And dia cakap macam ni masa first time dia cuba pakai hijab.
Lepas dengar dia sebut ayat tu, aku terus sentap-hati-mak-nak.
Aku rasa luar biasa. Kan?
Tak ke?

Okeh, maybe memang aku yang feeling lebih kan.
Sebab aku baru perasan yang susah sebenarnya sifat dalaman kita nak mengaburi luaran.
People tend to make first impression about someone based on the outside. 
Undeniable, right?
Aku pun macam tu jugak.
Senang-senang je nak judge orang.

Okeh, aku bagi contoh la kan.
Ada 2 jenis biskut, brand lain-lain tapi rupa sama. 
Nak tau mana yang lagi sedap, kita kena la rasa kan?
Tapi cuba kalau salah satu biskut tu bersalut coklat.
*Tak payah bagitau aku dah tau korang nak pilih yang mana.*
At last rupanya coating je lebih, rasa tak sedap mana pun.

Nak pilih yang mana?
Then apa yang aku fikir ni buat mata aku terbuka pasal benda lain pulak.
Tentang apa hikmahnya Allah turunkan perintah hijab.
Cuba korang bayangkan, masa kat sekolah dulu, basically orang perempuan pakai tudung sekolah kan?
Masa tu semua orang sama.
*Kecuali kaler la kan. Tudung pengawas kaler lain.*
Then how do we judge each other?
Based on our inside.

We can say, without showing her silky hair, she can give speech perfectly.
Without showing her radiant skin, she can make people cooperate with her.
Without showing her beautiful leg, I love her and I want her to be my wife.
Kita boleh tau siapa yang dalam hati dia betul-betul ada Islam.
Dan itu yang kita nak orang nampak, bukan sekadar luaran.

Itulah, kadang-kadang kita ni main buat je.
Tak pernah nak nampak apa hikmah di sebalik apa yang Allah suruh tu.
Takpe la, lepas ni kita sama-sama renovate iman kita balik okeh?
Biar luaran kita tertutup, tapi fikiran kita seluas alam. Cewah.
Sampai sini la dulu.
Till next time. Tata. Salam.

p/s: Jom ramai-ramai doakan aku. Nak exam dah ni. Wuuuhuuu.

Jual Mahal.


In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Sollahu 'ala Muhammad.

Hai korang. Bagaimana kehidupan?
*Okeh tu direct translation yang tidak sedap kedengarannya.*
Anyhow, hopefully everything's okay under the shade of Allah. :)
Aku tau aku baru je update semalam tapi hari ni rasa nak tulis lagi.
Saje la nak qadha' yang dulu-dulu tu tak rajin update kan. Hehe.
*Well, it's a good sign isn't it?*

Hari ni aku nak tulis something yang bias. Muahahaha.
Bukan bias apa, entry kali ni macam khusus untuk girls out there la.
Guys pun boleh baca jugak.
Tapi lepas tu share la dengan adik-beradik perempuan korang okeh?
Kalau taknak pun takpe, tapi lagi best kalau kita berpesan-pesan dengan kebenaran kan?
Okeh, here we go.

Dear my sisters,
Alhamdulillah, Allah ciptakan kita sebagai seorang perempuan.
Tahukah anda bahawa perempuan ni adalah seindah-indah perhiasan dunia?
Selawa-lawa aurora kat kutub utara tu, lawa lagi manusia yang bergelar perempuan.
Tak caye?
Pergi la tengok cermin. 
*Don't worry, perasan dalam hati apa salahnya. Hehe.*

Actually, no, korang bukanlah seorang yang perasan mahupun masuk locker tutup sendiri.
Memang kita semua cantik.
Tak kira la kita cerah ke, tan sikit ke, kulit licin ke, ada freckles ke, semua ada kemanisan masing-masing.
Tak semestinya kita kena ada ciri-siri supermodel baru boleh kata cantik.
Believe me, you are beautiful on your own. :)

MyEm0.Com

Tapi you gurls tau tak apa brand mekap yang paling best sekali nak tambah kecantikan kita tu?
Haa, ni la nak promote satu barang baik ni.
Pernah dengar mekap jenama SHYNESS a.k.a Al-Haya' a.k.a malu?
Ni lah mekap terbaik yang pernah akak (?) jumpa.
Free pulak tu.
Kalah Maybelline, Silky Girl bagai. Haha.

Okeh, meh nak story sikit la pasal mekap ni kan.
*Ala-ala salesgirl.*
Dari sudut Islam, malu ni maksudnya menghindarkan diri kita daripada buat sesuatu yang mengakibatkan perkara yang tak elok.
Kira macam shield la gitu.
Bukan malu tersipu-sipu tau. Tu segan namanya.

Cara nak pakai senang je.
Contohnya ada sorang mamat ni cakap (via phone, FB, direct, ect,),
"Hai, nak kenal boleh?"
Kita terusss je pakai mekap ni, terusss je ada shield kat situ.
So, takde la jadi sindrom-sindrom seperti 'honey-B', 'mama-papa', bergayut malam, movie night, mengandung dan sebagainya (nauzubillah).
Banyak benda negatif kita boleh elak kan?

Sesungguhnya perempuan ni insan yang lemah.
Sekeras mana pun hati kita, kalau dah kena ayat dengan sweet talker-sweet talker ni, cepat je cairnya.
Baru puji sikit, dalam hati dah ada Cameron Highland.
Lepas tu, mula la minda tak terkawal sebab nafsu dah take over.
Malu tu je la firewall kita sisters ku sayang.
Insya Allah kita sama-sama install malu dalam diri kita okeh? :)

Jual mahal sikit apa salahnya. :)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga Rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)

Insya Allah tak rugi pun kalau kita malu kan?
Ni ada lagi satu entry malu kalau korang nak baca.
May Allah bless all of us!
Till this, keyboard-off.
Salam. Papai.

MyEm0.Com

Back to Top