Persamaan.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah.
Praise to be Prophet Muhammad SAW.

"Everyone is a product of MIRACLE"


Semua orang bermula daripada permulaan yang sama kan?
Tak kira la dia orang Melayu ke, orang yang duduk kat Benua Afrika ke,
Anak majistret ke, seniman busking ke...
Semua orang bermula daripada setitis air mani.
Which is so right with what that has been mentioned in the Quran.

Ada beza tak antara pengupas kelapa dengan doktor?
"Sah-sah la. Doktor pandai ubatkan orang kot..."
Heh, pandai bab tu je.
Kupas kelapa belum tentu pakar.
Semua orang pun ada keistimewaan masing-masing kan?

Pesanan Imam Al-Ghazali:

Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu.

Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati),
”Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”

Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata,
”Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku.”
Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata,
”Orang alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya.(maksudnya ia lebih baik dibandingkan dengan aku)”

Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata,
”Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat beserta dengan ilmuku maka Allah SWT akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini.”

Pangkat-pangkat ni orang je yang cipta.
Nobody is on top of the others.
Only taqwa that differentiate us. :)
Wassalam~

Back to Top