In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Solallahu 'ala Muhammad.
Hi readers yang budiman.
Tengkiu sudi datang singgah kat sini.
Sorry la dah sebulan tak update.
Ada je story nak share, tapi nak taip tu yang tak rajin. Hehe.
*Okeh jangan suruh aku tutup je blog ni. Haha.*
Anyways, sebelum ni aku demam+batuk+selsema.
Suara pun macho semacam je.
*Tu orang kata la, bukan aku kata.*
Agak lambat jugak la nak baik masa tu.
Macam-macam ubat dah aku makan.
Aku cerita benda ni bukan nak suruh korang simpati kat aku tau.
*Dah lambat dah pun kalau nak simpati. Haha*
Pernah tak dulu waktu korang demam, doktor suruh korang habiskan antibiotik?
Korang tau kenapa dia suruh habiskan?
Sebab taknak bagi korang membazir?
Errr tu betul jugak.
Tapi yang lagi penting ialah kalau kita tak habiskan antibiotik tu, bakteria berupaya untuk termutasi dan sistem pertahanan badan kita susah nak lawan diorang lagi dah. Fuhhh.
Mutant macam kami. Huarghhh. Aku ni spesis yang tak suka makan ubat. Memang takkan habis la antibiotik yang selama ni aku dapat. So, no wonder la aku senang je nak demam. Lepas tu makin lambat nak baik. Sama la jugak bakteria dengan sifat-sifat buruk/jahiliyyah dalam diri kita ni. Kalau kita tak hapuskan diorang habis-habisan, esok lusa dia datang balik. Dan tak mustahil yang lebih teruk lagi. Masa tu mungkin 'sistem pertahanan' kita boleh lawan. Macam mana kalau kita kalah? Nauzubillah. Okeh tu je yang aku nak share kali ni. Sama-sama kita fikir macam mana nak develop antibody yang super-kuat untuk lawan 'bakteria/virus' yang semakin banyak sekarang ni. Yelah, dunia makin maju kan? I hope you get my point. :) Keyboard-off. Tata. Salam. |
2 suapan:
antibiotik paling x sedap (kalau ubat air)
rys jarang makan ubat. hihihi. kalau demam, rys biarkan. cz insyaAllah setakat ni tak lagi demam teruk. just panas2 sikit je.
nak ucap 'get well soon', dah sihat pon. AHAHAHA
Post a Comment