Jual Mahal.


In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Sollahu 'ala Muhammad.

Hai korang. Bagaimana kehidupan?
*Okeh tu direct translation yang tidak sedap kedengarannya.*
Anyhow, hopefully everything's okay under the shade of Allah. :)
Aku tau aku baru je update semalam tapi hari ni rasa nak tulis lagi.
Saje la nak qadha' yang dulu-dulu tu tak rajin update kan. Hehe.
*Well, it's a good sign isn't it?*

Hari ni aku nak tulis something yang bias. Muahahaha.
Bukan bias apa, entry kali ni macam khusus untuk girls out there la.
Guys pun boleh baca jugak.
Tapi lepas tu share la dengan adik-beradik perempuan korang okeh?
Kalau taknak pun takpe, tapi lagi best kalau kita berpesan-pesan dengan kebenaran kan?
Okeh, here we go.

Dear my sisters,
Alhamdulillah, Allah ciptakan kita sebagai seorang perempuan.
Tahukah anda bahawa perempuan ni adalah seindah-indah perhiasan dunia?
Selawa-lawa aurora kat kutub utara tu, lawa lagi manusia yang bergelar perempuan.
Tak caye?
Pergi la tengok cermin. 
*Don't worry, perasan dalam hati apa salahnya. Hehe.*

Actually, no, korang bukanlah seorang yang perasan mahupun masuk locker tutup sendiri.
Memang kita semua cantik.
Tak kira la kita cerah ke, tan sikit ke, kulit licin ke, ada freckles ke, semua ada kemanisan masing-masing.
Tak semestinya kita kena ada ciri-siri supermodel baru boleh kata cantik.
Believe me, you are beautiful on your own. :)

MyEm0.Com

Tapi you gurls tau tak apa brand mekap yang paling best sekali nak tambah kecantikan kita tu?
Haa, ni la nak promote satu barang baik ni.
Pernah dengar mekap jenama SHYNESS a.k.a Al-Haya' a.k.a malu?
Ni lah mekap terbaik yang pernah akak (?) jumpa.
Free pulak tu.
Kalah Maybelline, Silky Girl bagai. Haha.

Okeh, meh nak story sikit la pasal mekap ni kan.
*Ala-ala salesgirl.*
Dari sudut Islam, malu ni maksudnya menghindarkan diri kita daripada buat sesuatu yang mengakibatkan perkara yang tak elok.
Kira macam shield la gitu.
Bukan malu tersipu-sipu tau. Tu segan namanya.

Cara nak pakai senang je.
Contohnya ada sorang mamat ni cakap (via phone, FB, direct, ect,),
"Hai, nak kenal boleh?"
Kita terusss je pakai mekap ni, terusss je ada shield kat situ.
So, takde la jadi sindrom-sindrom seperti 'honey-B', 'mama-papa', bergayut malam, movie night, mengandung dan sebagainya (nauzubillah).
Banyak benda negatif kita boleh elak kan?

Sesungguhnya perempuan ni insan yang lemah.
Sekeras mana pun hati kita, kalau dah kena ayat dengan sweet talker-sweet talker ni, cepat je cairnya.
Baru puji sikit, dalam hati dah ada Cameron Highland.
Lepas tu, mula la minda tak terkawal sebab nafsu dah take over.
Malu tu je la firewall kita sisters ku sayang.
Insya Allah kita sama-sama install malu dalam diri kita okeh? :)

Jual mahal sikit apa salahnya. :)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga Rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)

Insya Allah tak rugi pun kalau kita malu kan?
Ni ada lagi satu entry malu kalau korang nak baca.
May Allah bless all of us!
Till this, keyboard-off.
Salam. Papai.

MyEm0.Com

2

Keliru.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.


Assalamualaikum.
Thank you Allah.
Praise to be upon Muhammad Rasulullah.

Hai awesome-awesome sekalian. Selamat tahun baru. Sihat semua? 
Ye, koranglah yang tengah membaca tu.
Sekali-sekala puji readers apa salahnya.
Bukan selalu ada orang puji korang pun kan?
Haha. Okeh, kidding.
*Yang tak selalu ada orang puji tu aku. Heh.*

Sebenarnya, masa aku tengah tulis ni, cuma tinggal lagi 2 hari nak hadap satu paper final.
Tapi aku nak tulis jugak.
Nak tunggu habis final banyak pulak kerja lain la kan.
Nak shopping la, jalan-jalan, layan youtube, try resepi onepotchef, macam-macam lagi la.
Haish, bizi sungguh. :P
*Bizi la sangat.*

Lately ramai betul orang komen pasal demo student UPSI tu kan?
Ada yang sokong, ada yang bantah, yang tak tahu-menahu pun ada.
So sebagai seorang yang telah berumur 21 tahun (dah boleh mengundi kot) dan juga merupakan seorang mahasiswa (omai, dewan bahasa sungguh ayat), aku berasa terpanggil la untuk komen jugak tentang hal ni.
Bukan apa, everyone has their own right to voice out their opinion kan?
So, here's mine.

  First thing yang aku nak cakap ialah aku keliru.
Aku keliru dengan matlamat sesetengah pihak ni.
Mungkin ramai jugak orang yang kat luar sana yang ada perasaan sama macam aku.
Based on my observation, ramai orang lihat benda ni dari sudut politik.
Betul tak? Ni bukan teori aku sorang je kan?

Aku tak tau la kenapa, mungkin aku kurang berfikir, mungkin aku ni jenis yang bersyukur je apa adanya.
But I believe in one thing.
Kalau kita nak sebuah kerajaan Islam yang adil takde korupsi, takde maksiat apa semua, individu Islam tu kena wujud dulu.
Apa gunanya ada kerajaan tapi akidah, iman rakyat kucar-kacir?

Aku cakap ni bukan ikut suka je tau.
Aku cuma tengok balik sirah, tengok apa yang Rasulullah SAW buat.
Cuba reflect balik zaman kita sekarang dengan zaman jahiliyyah Makkah dulu.
Takde bezanya. 
*Cuma zaman dulu takde iPhone la kan.*
 Rasulullah SAW terapkan iman yang mantop dulu dalam diri ummat bro.
Then step by step, baru Rasulullah SAW buat daulah. 

Mungkin ada yang kata, 
"Terus je la buat kerajaan Islam, cepat sikit. Bila ada kerajaan, kita ada power. Semua orang tunduk punyalah."
Kalau zaman kerajaan Melayu Melaka dulu boleh la.
Zaman sekarang ramai orang rebel beb. 
Musuh-musuh Islam pun dah makin kuat (mutant bak kata post aku sebelum ni).
Kalau hati masih jauh daripada Islam, boleh jadi ke 'kami dengar dan kami taat'?

Aku tau ramai orang tak tahan tengok keadaan Malaysia sekarang.
Nama je negara Islam tapi kes buang anak macam lagu Justin Bieber yang berkumandang di radio.
*Selalu sangat sampai orang dah naik muak.*
Tapi salah kerajaan je ke yang tak jalankan undang-undang Islam?
Mana peranan ibu bapa yang sepatutnya didik anak dengan kasih sayang Islam?
Mana peranan kawan-kawan yang sepatutnya nasihat-menasihati macam sahabat-sahabat Rasulullah SAW dulu?
Mana peranan diri sendiri yang sepatutnya takut dengan Allah at the first place?


Jom semua orang kita tegakkan dulu Islam dalam jiwa kita.
Make sure kukuh+padu+incredibly powerful so that takde siapa yang boleh runtuhkan.
Lepas tu kita bina pulak family Islam, masyarakat Islam, then baru boleh sampai kerajaan Islam.
Not enough with that?
Kita boleh bina negara Islam, lepas tu khilafah, and finally, satu dunia sayang Islam.
Impossible? Mana ada. Salahuddin al-Ayubi yang takde facebook dulu boleh buat. Takkan kita tak boleh.
Malu kot. Haha.

Lagi satu, sudah-sudah la bergaduh sesama Islam ni.
Ramai sangat dah kat dunia ni yang berperang sesama saudara sendiri.
Kalau dalam negara sendiri pun dah tak rasa sayang sesama kita, macam mana nak rasa sayang dekat saudara yang jauh dekat Palestin tu?
Orang bukan Islam yang lain tu seronok je gelak-gelakkan kebodohan kita.
Mesti la diorang suka sebab diorang tau ummat Islam takkan kuat selagi kita tak bersatu-padu. 


Okeh, aku tak boleh la nak cerita banyak sebab aku takde pun kat tempat kejadian.
And aku pun tak sebelahkan mana-mana pihak dalam hal ni.
Pandai-pandai la kita semua fikir dan nilai apa yang terbaik untuk semua orang.
Ini just pendapat aku. 
Kalau korang nak bantah, bantah la.
Seronok jugak kongsi-kongsi pendapat, ye dak?

Sampai sini dulu la. Panjang la pulak post ni. Haha. 
Kalau umur panjang, adalah benda lain yang aku share dengan korang.
Kalau tak, sedekah Al-Fatihah je la. :)
Oh ye, doakan aku jugak untuk final ni.
Allah je la yang mampu balas jasa korang.
Okeh, keyboard-off. Tata.
Salam~

Back to Top