In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Sollahu 'ala Muhammad.
Hai korang. Bagaimana kehidupan?
*Okeh tu direct translation yang tidak sedap kedengarannya.*
Anyhow, hopefully everything's okay under the shade of Allah. :)
Aku tau aku baru je update semalam tapi hari ni rasa nak tulis lagi.
Saje la nak qadha' yang dulu-dulu tu tak rajin update kan. Hehe.
*Well, it's a good sign isn't it?*
Hari ni aku nak tulis something yang bias. Muahahaha.
Bukan bias apa, entry kali ni macam khusus untuk girls out there la.
Guys pun boleh baca jugak.
Tapi lepas tu share la dengan adik-beradik perempuan korang okeh?
Kalau taknak pun takpe, tapi lagi best kalau kita berpesan-pesan dengan kebenaran kan?
Okeh, here we go.
Dear my sisters,
Alhamdulillah, Allah ciptakan kita sebagai seorang perempuan.
Tahukah anda bahawa perempuan ni adalah seindah-indah perhiasan dunia?
Selawa-lawa aurora kat kutub utara tu, lawa lagi manusia yang bergelar perempuan.
Tak caye?
Pergi la tengok cermin.
*Don't worry, perasan dalam hati apa salahnya. Hehe.*
Actually, no, korang bukanlah seorang yang perasan mahupun masuk locker tutup sendiri.
Memang kita semua cantik.
Tak kira la kita cerah ke, tan sikit ke, kulit licin ke, ada freckles ke, semua ada kemanisan masing-masing.
Tak semestinya kita kena ada ciri-siri supermodel baru boleh kata cantik.
Believe me, you are beautiful on your own. :)
Tapi you gurls tau tak apa brand mekap yang paling best sekali nak tambah kecantikan kita tu?
Haa, ni la nak promote satu barang baik ni.
Pernah dengar mekap jenama SHYNESS a.k.a Al-Haya' a.k.a malu?
Ni lah mekap terbaik yang pernah akak (?) jumpa.
Free pulak tu.
Kalah Maybelline, Silky Girl bagai. Haha.
Okeh, meh nak story sikit la pasal mekap ni kan.
*Ala-ala salesgirl.*
Dari sudut Islam, malu ni maksudnya menghindarkan diri kita daripada buat sesuatu yang mengakibatkan perkara yang tak elok.
Kira macam shield la gitu.
Bukan malu tersipu-sipu tau. Tu segan namanya.
Cara nak pakai senang je.
Contohnya ada sorang mamat ni cakap (via phone, FB, direct, ect,),
"Hai, nak kenal boleh?"
Kita terusss je pakai mekap ni, terusss je ada shield kat situ.
So, takde la jadi sindrom-sindrom seperti 'honey-B', 'mama-papa', bergayut malam, movie night, mengandung dan sebagainya (nauzubillah).
Banyak benda negatif kita boleh elak kan?
Sesungguhnya perempuan ni insan yang lemah.
Sekeras mana pun hati kita, kalau dah kena ayat dengan sweet talker-sweet talker ni, cepat je cairnya.
Baru puji sikit, dalam hati dah ada Cameron Highland.
Lepas tu, mula la minda tak terkawal sebab nafsu dah take over.
Malu tu je la firewall kita sisters ku sayang.
Insya Allah kita sama-sama install malu dalam diri kita okeh? :)
Jual mahal sikit apa salahnya. :) |
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga Rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)
Insya Allah tak rugi pun kalau kita malu kan?
Ni ada lagi satu entry malu kalau korang nak baca.
May Allah bless all of us!
Till this, keyboard-off.
Salam. Papai.
1 suapan:
Saya pemaluss.. :malu XD
Post a Comment