In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
Hai, jumpa lagi kita ye.
Syukur sebab Allah panjangkan lagi umur untuk aku terus menaip dalam blog ni.
Kalau blog orang lain tak update sebulan macam aku ni mesti orang ingat tuan punya blog tu dah takde kan.
Dalam kes aku maybe korang kena tunggu at least setahun kot.
Lepas tu boleh la sedekah Al-Fatihah dah. Hehe.
Baru-baru ni ada sorang kawan aku cakap camni,
"Aku suka la tengok orang Melayu sebab aku suka tengok baju kurung."
FYI, kawan aku tu pun orang Melayu jugak, cuma masa tu dia tak pakai baju kurung.
Kebetulan yang pakai baju kurung tu pulak adalah aku.
So, nak katanya dia suka tengok aku la tu.
*Hahaha, okeh perasan.*
As for me personally, aku memang seorang yang suka adat-istiadat Melayu ni.
Mungkin sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan benda-benda tu.
Aku bukan la orang yang terer sangat bab-bab sastera ni.
Tapi aku serius suka prosa tradisional, hikayat-hikayat Melayu lama, cerita sejarah, all that kind of stuffs.
Bosan? Pada aku tak.
Masa sekolah menengah dulu, teacher aku pernah suruh kitorang tulis satu entry journal pasal 'If you can go back to the past, where would you like to go?'
Masa tu aku tulis aku nak pergi balik zaman tadika aku.
*Heh, kanak-kanak sungguh.*
Tapi sekarang ni bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku nak balik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka la.
Nak tengok lifestyle orang Melayu dulu-dulu. :)
Aku bukan nak racist ke apa.
Tapi berdasarkan pemerhatian aku, orang Asia memang lagi sopan berbanding orang-orang kat tempat lain.
Tapi orang Melayu special lebih sikit.
Sebab apa tau?
Sebab Melayu dan Islam sinonim sangat, memang tak boleh dipisahkan.
Based on apa yang kawan aku cakap tu, aku rasa beruntunglah para gadis Melayu.
Nenek moyang kita dulu dah blend dah nilai ketimuran tu dengan akhlak Islamiyyah.
Tengok je la baju kurung kita tu, bukan ke menepati syariat?
Lepas tu kalau pakai dengan tudung pun tak nampak janggal.
*Orang zaman sekarang je ramai yang alter baju kurung jadi pelik.* :(
Tu baru cerita pasal baju.
Tak masuk lagi bab sopan-santun, lemah-lembut.
Semua orang pun Perempuan Melayu Terakhir tahu?
Believe me, all that behaviors memang dah ada pun dalam darah kita.
Hias pulak dengan nilai-nilai Islam.
Tak ke full package tu?
Tu lah, nak cakap panjang-panjang pun aku tak reti.
Tapi dalam banyak-banyak kelebihan yang kita ada, still ada banyak jugak yang kita kena ubah especially mentaliti orang Melayu ni.
Dah tiba masanya untuk kita buka mata kita luas-luas.
Dah tiba masanya untuk kita fikir dalam-dalam.
Sebab tak selama-lamanya kita akan hidup dalam zon selesa macam sekarang ni.
Finally, korang dengar la lagu Siti ni baik-baik ye.
Seronok tau bila dapat tangkap pesanan yang lagu ni nak sampaikan.
Lepas ni, girls out there, jangan malu berbaju kurung.
For guys, jangan segan berkain sarung.
Because for me, that's awesome. :)
Sampai sini dulu. Keyboard-off. Tata. Salam~
1 suapan:
yeahhh
x kan melayu hilang di dunia
;)
Post a Comment