0

Menyampah.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Salam guys.
Ok, disebabkan dah lama sangat tak mengarang,
maka otak pun dah berkarat.
Nak buat intro pun tak tau nak cakap apa. T.T
Sorry la kalau merepek-merepek je ye.

Baru-baru ni tuan blog ni ada la tengok satu cerita hindustan ni.
(FYI, dia memang gila hindustan)
Punya la layan.
Jalan cerita best, hero pun kacak. Cool pulak tu. :)
Rasa macam dah fall in love.

Tapi, malam yang sama jugak cintaku terputus di tengah jalan.
Boleh pulak endingnya hero tu pergi kiss heroin.

MyEm0.Com

Sebenarnya nak kata,
nak tengok cerita omputih, lagi la hebat kalau scene-scene cenggitu.
Tengok cerita Asia yang terkenal dengan adat ketimuran ni pun dah terikut jugak.
Alhamdulillah cerita Malaysia takde benda-benda ni.
Pesanan kepada para penerbit filem tanah air,
jangan mengada-ngada nak jadi pioneer ye.

Last-last, tengok Toy Story 3 je la.
Koman-koman ada jugak pengajaran kat situ.
(Meleleh air mata wa cakap lu.)
Bila ek nak ada lagi filem macam Syukur 21 tu?
Balik-balik rempit, bohsia, sempit, bla3... 

Okeh guys, keyboard-off. 
Banyak-banyak bebel karang ada pulak orang mintak jadi pengkritik filem.
Femes-femes ni bukan style I. Waiceh.
Salam~

4

Ketakutan.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Salam semua.
Mood : Rajin nak tulih walaupun esok ada exam lepas tu ada 2 slide lagi tak habis baca.
Tapi nak tulih jugak sebab nak share pasal something yang interesting (kot).
At least takdelah nampak macam membazir masa sangat kan?
Haha. Tolong jangan ikut.

Muqadimah: Korang tau tak apa beza paranoia, trauma dan fobia?
Generally, semua orang pun tau, maksud diorang tu TAKUT.
Tapi spesifiknya apa ek?
Ke sama je semua?

Meh nak habaq mai. 

Paranoia: Penyakit tak percaya kepada orang lain secara extreme dan tak rasional.

Trauma: Penyakit yang mengganggu jiwa disebabkan oleh sesuatu pengalaman yang tak indah.

Fobia: Ketakutan yang tak normal terhadap sesuatu benda walaupun tau sebenarnya benda tu takdelah bahaya. Seboleh-boleh nak elak la orang kata.

Yang bestnya nak cerita kat sini pasal fobia la.
Sebenarnya, semua orang pun ada fobia masing-masing. 
Jangan perasan takde eh.
Even vampire pun ada fobia kot.

Kadang-kadang kita tak boleh kata orang-orang macam ni mengada-ngada ke apa.
Dah diorang memang takut nak buat macam mana kan?
So, respect each other okeh?
1. Dromophobia
2. Limnophobia
Amendenye tu?
Pepandai la korang carik sendiri eh.
Dahsyat la fobia-fobia tu.
Bikin hidup wa susah maa...
Tapi, dengan adanya mereka, kita boleh tau ada orang care dekat kita!
Oleh itu, marilah kita sentiasa bersyukur. :)

Okehla guys.
Nak pergi kaji fobia ada kena-mengena dengan genetic ke tak.
Nanti kalau ada outcome I bagitau u'all. Ceh.
Till this. Keyboard-off. Babai. Salam.


Update: Nak tau fobia korang? Klik sini.
3

Kekaguman.

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Salam u'all! 
Fuh. Lama betul tak menulih.
Bizi. Bizi. Bizi.
Tu jelah alasannya.
Ingatkan balik Mesia hari tu boleh la lepak-lepak tepi laut, minum air oren dengan payung comel tepi gelas+straw pusing-pusing (aww),
Tak tinggal hirup udara segar (fiuuu~ bunyi angin),
Sambil perah otak depan lappy fikir nak tulih apa kat blog ni.

Tapi hakikatnya...
(Korang bayangkan gambaran segala yang diatas pecah seiring dengan sound effectnya sekali.) 
Dah ke?
(Okeh. Sekarang ganti dengan gambaran orang pakai baju raya lawa-lawa sambil membasuh pinggan di dapur.)
Menarik sungguh. Anak sapa lah tu. Keh3.

Okehla. Kali ni just nak tulih tentang beberapa orang yang sangat dikagumi sepanjang hidup kat atas muka bumi ni. 
Tapi ni bukan rangking tau.

1. Orang yang boleh guna otak kiri secara efektif. Atau dengan kata lain, orang yang terer math tahap mamee monster. 

2. Orang yang boleh stay up memalam buta tak kira la sama ada untuk study/tengok bola.

3. Orang yang boleh tahan lapar sebab takut weightgain.

4. Orang yang cipta apa-apa program la kat komputer ni. 

5. Orang yang rajin update blog (kadang-kadang sejam lepas tu pun ada post baru).

6. Orang yang rajin study awal-awal last minute tak main.

7. Orang yang bila lapar malam-malam sanggup bangun nak masak.

8. Orang yang bila drive kat selekoh/simpang yang sempit, sipi-sipi lagi nak langgar kereta berhampiran tapi tak langgar.

Dah-dah la 8 orang je.
Kalau agak-agak korang ada termasuk kat mana-mana kategori, tahniah la diucapkan.
Sebabnya orang yang tulih ni satu pun tak boleh masuk. Hampeh. 
Satu je nak cakap. Masya Allah.
Hebat Allah cipta manusia kan?

Okehla korang. Encik Pharma dengan Encik Gen dah panggil la.
Ni tulih buat lepas rindu je ni.
Kan tumpang teduh kan?
Doakan yang terbaik untuk kita ye!
Babai. Salam semua~

Alhamdulillah, kita jumpa lagi!

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, nikmat macam biasa, masih banyak.
Manusia je yang suka buat graf tu jadi inversely proportional.
Kadang-kadang terlupa bersyukur.
I'm begging forgiveness from You, The Almighty.


Setelah sekian lama memerhati tanpa berkongsi,
hari ni nak jadi orang yang memberi la pulak.
Syukur Allah bagi lagi keupayaan menggerakkan jari.
Boleh tulis something untuk korang lagi, kan?
Tapi sebenarnya nak cerita pasal nikmat yang paling besar buat masa ni.
That is, nikmat dapat jumpa DIA lagi!

Siapa DIA ni?
Special sangat ke?
Kalau jumpa dia boleh dapat apa?
Okeh la, meh nak bagi tunjuk sikit siapa DIA  ni.

My name is Ramadhan!

Alhamdulillah, kita dapat jumpa Ramadhan lagi tahun ni.
Dah dapat jumpa Ramadhan maksudnya Syawal dah nak dekat la kan?
Bila Syawal mestilah kita celebrate raya kan?
Tapi itu ke yang kita raikan selama ni?
Adakah Ramadhan hanyalah gate kepada Syawal semata-mata?

Yang ni kita kena tanya diri kita balik.
Aku puasa kerana siapa?
Apa tujuan aku puasa?
Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)
Subhanallah. Sayangnya Allah pada kita.
Kalau kita pun sayang Allah, maka?
Jom kita puasa bersungguh-sungguh kerana Allah.
Jom kita imarahkan masjid untuk solat tarawikh.
Jom kita banyakkan bersedekah macam Rasulullah.
Insya Allah ada keberkatannya walaupun nak buat semua tu macam penat kan?



Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Kalau kat Jordan ni, suasana Ramadhan memang meriah.
Sana sini orang cakap pasal Ramadhan.
Kanak-kanak riang-ria main mercun sambut bulan mulia kita.
Makcik, pakcik, tua, muda datang ke masjid untuk tarawikh.
Macam mana dengan Malaysia?
Insya Allah lebih baik kan?


Lebih gembira daripada hari raya!

Kita celebrate hari raya untuk meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa.
Maka, kalau puasa kita tak sempurna, macam mana kita nak kata kita meraikan victory tu?
Kita tak rasa malu ke dengan Allah?
Macam contohnya hari tu Spain tak menang pun World Cup.
Tapi celebrate bagai nak rak mengalahkan champion.
Betul kata orang dulu-dulu kan?
"Tak puasa tak boleh la raya!"


Allahumma ballighna fi shahri Ramadhan~

Okeh, sampai sini la dulu.
Selamat berpuasa semua~
Semoga kita semua dapat masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan. Ameen~
Salam. Bye bye.

4

Mari Mengenal Haiwan

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Salam everyone!
Ini entry ala-ala National Geographic.
Binatang yang bakal difemeskan di sini ialah..... 
Encik Unta a.k.a Camel!!!

Ye, camel. 
Bukan, bukan Galaxy Caramel.
Bukan jugak puding caramel Danette yang bertekstur lembut dengan kelazatan yang menikam kalbu tu.
*Betul ke nama dia Danette? Bantai la.*
Ditambah pulak kalau sejuk-sejuk baru lepas keluar peti ais...
Di kala summer yang... Ok, dah keluar tajuk.
That's not what I'm gonna talk about.

Hai, saya la camel. Saya gorgeous tak?

Boring la asyik cerita pasal orang je kan?
Disebabkan lately tepi-tepi jalan banyak unta berkeliaran, tiba-tiba rasa nak cerita pasal dia binatang (sinonim: diorang) pulak.
Kata duduk kat Middle East.
Tak Mid east la kalau takde unta kan? Hehe.
Meh baca sikit facts pasal Mr. Camel ni.




Interesting & Amazing information about Camels 

A female camel is called a cow, a male camel is called a bull and a baby camel is called a calf.

The hump on the camel’s back is a lump of fat.

Camels do not chew the food and swallow it instead. They regurgitate and chew the cud later.

Camels shed their coat each year.

Camels have two layers of thick eyelashes to protect them from the dust.

Camels have paddy hoofs, with two toes to protect them from sinking in the sand.

Baby camels are born without a hump.

Camels have three chambers in their stomach.

Camels can eat thorny twigs without hurting its mouth.

Camels can live without water for days and even months.

A camel can drink about 200 liters of water in a day.

The body temperature of the camel rises during the day and cools off during the night.

Camels can close their nostrils or leave a small opening to prevent sand from entering inside.

Camel’s ears are very small and hairy but their hearing power is very strong.



Subhanallah. Amazing kan?
Copy paste je fakta-fakta ni. Tak larat nak buat research pasai depa.
Unta pun antara haiwan yang rapat dengan Rasulullah SAW.
Ye la, dulu Rasulullah hijrah bukan pakai Boeing kan?
Betapa speselnya spesies unta ni. Masya Allah.



Jangan jeles semua!



Kadang-kadang I boleh transform jadi kasut.


Whatever pun, Encik Unta memang terbaik la.
One of the most amazing animals on earth.


Takut-takut bergambar. Macamlah unta tu gigit orang.

Okeh la. Key board off.
Siapa-siapa yang kirim unta bawak balik Malaysia tu mintak maaf la.
Saya tak mampu nak sumbat dia kat mana-mana.
Hehe. Salam~

Ikan Siakap 3 Rasa

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Alhamdulillah, thank you Allah.
Summer semester dah seminggu bermula.
Hari-hari pun schedule yang sama.
Hari-hari pun ada insiden yang tipikal.
Membuatkan empunya blog ni terlupa days and dates. Haha.
*Tiba-tiba rasa tak sedap sungguh bahasa rojak aku. Lantaklah.*

Sebenarnya berblog di hari sekolah adalah satu miracle ye.
Selalunya berhibernasi je blog ni. 
Tapi semalam my darling ni kata,

"I jeles la tengok bawahbumi tu. Selalu je update,"
*Haish. orang dah bagi cuti tak nak.*

Demi mengelakkan sindrom merajuk-sampai-bersawang berlaku, nak taknak kenalah jugak perah otak and buat aksi jari lompat-melompat kat atas keyboard ni.

Kalau ikutkan perhitungan congak aku yang agak lemah ni,
Lebih kurang sebulan lebih lagi nak balik Malaysia.
Wahaha. Macam tak percaya pulak.
Sekejap gila masa berlalu. 
Rasa macam air yang mengalir turun melalui esophagus.
Lepas ni tup tup dah 2nd year, belajar system, lepas tu clinical, kerja, kahwin...bla3...arrggghhh~
*Mati diexcludekan dulu sebab tak tau bila kan. Bukan macam main The Sims tu. Allah sebaik-baik perancang.*

Suasana '1st year is almost over' dah semakin terasa.
Semua orang pakat angkut bagasi pindah rumah baru.
Tinggalkan kami-kami yang masih setia tinggal kat this so called hostel.
Sunyi. Sepi. Silent. Syukur. Sbosan.
*Syukur sebab internet berlari. Dulu jalan lenggang kangkung. Hehe.*
Bunyi lipas merangkak pun boleh dengar woo.


Makan-minum aku pun dah tak menentu.
Ye la. Para tukang masak semua busy jalan sana, jalan sini, urus itu ini.
Takpe la kawan-kawan. Aku redha. 
Nasib baik roomate drummet aku ni nanti jadi housemate aku jugak.
Kalau kena tinggal sorang-sorang, boleh schizophrenia dibuatnya.

Beberapa hari sebelum ni, aku ada tengok satu movie seram (?) Korea.
Cinderella ke apa entah tajuk dia.
Kalau rajin korang pergi la tanya pakcik google ke, mysoju ke.
Walaupun tak berapa seram and kalau tak tengok betul-betul boleh jadi tak faham,
Tapi aku enjoy jugak la tengok movie tu.
Sebab tengok dengan 'adik-beradikku' yang terchenta di Jordan ni.

Kalau kat Malaysia sekarang mesti banyak lagi cerita-cerita seram kan?
Satu je la nak pesan.
Korang jangan takut dengan hantu-hantu tu lebih daripada korang takutkan Allah.
Boleh jadi syirik tau.
Iblis memang suka kerja-kerja sesatkan orang ni.
Dia dah janji dengan Allah akan sesatkan Bani Adam sampailah hari kiamat nanti.
Mula-mula syirik. Lepas tu, sembah dia pulak.
Nauzu billahi min zalik.
Kat sini ada something nak share dengan korang. Rajin-rajin tekan sini ye.

Baru-baru ni jugak Wonder Mummy ada jenguk blog ni.
"Mak tak faham la blog kakngah tu. Ingatkan ada tulis rencana-rencana..."
Oh, ilmiah habis tanggapanmu itu.
Apa pendapat korang?


Ok la. Sampai sini dulu kot.
Panjang umur boleh la layan request my darling ni lagi. Hehe.
Babai, salam semua.
*Oh lupa. Tajuk takde kena-mengena ye. Hehe.*

0

My Heart, Your Heart, Our Hearts

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...


Alhamdulillah, thank you Allah.
For letting me see the signs.
For showing me what's right.
And for showering me with Your love.

*Allah! And I love Him too!*

The Heart of A Muslim


Looking up at the sky, searching for Allah Most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ibrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong

Chorus:

It’s the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what’s not enough
She said the heart of a Muslim’s filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what’s bad to bring you down
Father said to be a star that’s shining bright
For the heart of a Muslim does what’s right


So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie

A very beautiful song that I've accidentally found in YouTube.
Thumbs up for Zain Bikha.
I always love his songs.


MyEm0.Com

"Oh Allah, purify the hearts of the Muslims."
Insya Allah.
Thank you for opening your heart!

Back to Top