Alhamdulillah, kita jumpa lagi!

In the name of Allah, The Most Compassionate and The Most Merciful...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, nikmat macam biasa, masih banyak.
Manusia je yang suka buat graf tu jadi inversely proportional.
Kadang-kadang terlupa bersyukur.
I'm begging forgiveness from You, The Almighty.


Setelah sekian lama memerhati tanpa berkongsi,
hari ni nak jadi orang yang memberi la pulak.
Syukur Allah bagi lagi keupayaan menggerakkan jari.
Boleh tulis something untuk korang lagi, kan?
Tapi sebenarnya nak cerita pasal nikmat yang paling besar buat masa ni.
That is, nikmat dapat jumpa DIA lagi!

Siapa DIA ni?
Special sangat ke?
Kalau jumpa dia boleh dapat apa?
Okeh la, meh nak bagi tunjuk sikit siapa DIA  ni.

My name is Ramadhan!

Alhamdulillah, kita dapat jumpa Ramadhan lagi tahun ni.
Dah dapat jumpa Ramadhan maksudnya Syawal dah nak dekat la kan?
Bila Syawal mestilah kita celebrate raya kan?
Tapi itu ke yang kita raikan selama ni?
Adakah Ramadhan hanyalah gate kepada Syawal semata-mata?

Yang ni kita kena tanya diri kita balik.
Aku puasa kerana siapa?
Apa tujuan aku puasa?
Sedangkan Allah SWT telah berfirman:
“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)
Subhanallah. Sayangnya Allah pada kita.
Kalau kita pun sayang Allah, maka?
Jom kita puasa bersungguh-sungguh kerana Allah.
Jom kita imarahkan masjid untuk solat tarawikh.
Jom kita banyakkan bersedekah macam Rasulullah.
Insya Allah ada keberkatannya walaupun nak buat semua tu macam penat kan?



Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

Kalau kat Jordan ni, suasana Ramadhan memang meriah.
Sana sini orang cakap pasal Ramadhan.
Kanak-kanak riang-ria main mercun sambut bulan mulia kita.
Makcik, pakcik, tua, muda datang ke masjid untuk tarawikh.
Macam mana dengan Malaysia?
Insya Allah lebih baik kan?


Lebih gembira daripada hari raya!

Kita celebrate hari raya untuk meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa.
Maka, kalau puasa kita tak sempurna, macam mana kita nak kata kita meraikan victory tu?
Kita tak rasa malu ke dengan Allah?
Macam contohnya hari tu Spain tak menang pun World Cup.
Tapi celebrate bagai nak rak mengalahkan champion.
Betul kata orang dulu-dulu kan?
"Tak puasa tak boleh la raya!"


Allahumma ballighna fi shahri Ramadhan~

Okeh, sampai sini la dulu.
Selamat berpuasa semua~
Semoga kita semua dapat masuk syurga melalui pintu Ar-Rayyan. Ameen~
Salam. Bye bye.

1 suapan:

Miss X said...

Aku ade kawan nama Ramadan. Nak? Boleh wat laki

Back to Top